AURA ENERGY PERFUME

video

Aura Anda... Rupa Anda...
Serlahkan Aura Anda
Dengan
Aura Energy Perfume Keluaran Ancient Secret








Setiap pergantian waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang bisa diukur melalui perubahan warna (aura) alam. Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang selalu tertinggal waktu Subuhnya atau pun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki .Ini karana tenaga alam yaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang pasti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum keserentakan ruang da waktu)  dalam arti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. diawali azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu dzuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan makanan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat dzuhurnya berulang-ulang dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu ASHAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti . Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya  dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita selalu dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu .) kerana banyak interference (gangguan) terjadi pada waktu ini yang bisa menipu mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu ISYA', alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem penjagaan otak. Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam egelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam istirahat.Setelah TENGAH MALAM, alam mulai bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas hal hal yang berkaitan dengan waktu solat dengan warna alam. Manusia hari ini memang telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana cara menyerap tenaga alam ini.






Prinsip Dasar Tenaga
Tenaga adalah sesuatu yang tidak dapat dicipta dan tidak dapat dimusnahkan.Ia hanya dapat dikumpul dan dialirkan.Gelombang Tenaga Aura sememangnya “ wujud erat ”  bersama kita ibarat lampu dengan cahaya. Ia penghias wajah diri  seseorang samada positif atau negatif.Haruman dan warna terbukti dapat memberi kesan positif kepada Gelombang Tenaga Aura.Oleh kerana Pusat Tenaga Dalaman (PTD) juga dipengaruhi oleh haruman dan warna, maka pendedahan terhadap warna tertentu akan menjana aura pada Pusat Tenaga Dalaman seseorang.Penyatuan  aura haruman dan warna berupaya menyerlahkan kehebatan aura dengan tenaga yang terarah. Tenaga aura yang terarah ini merupakan satu pancaran yang mendorong ke arah penyingkapan tabir-tabir dimensi dalaman mendarjatkan kesan tertentu pada kadar yang tertentu


KONSEP KEBENARAN
Kebenaran adalah satu konsep yang abstrak. Apabila kita menyetujui sesuatu perkara, maka kita akan kata perkara itu benar, ataupun mengakui perkara itu membawa kepada kebenaran. Secara umumnya, terdapat dua permasaalahan FALSAFAH yang utama, berkaitan denagan KONSEP KEBENARAN, yakni apakah perkara yang membawa kebenaran? Dan juga apakah kebenaran.Terdapat dua jenis kebenaran


Kebenaran Objektif Dan Kebenaran Subjektif
Kebenaran Subjektif merujuk kepada kebenaran yang paling intim dengan pengalaman sebenar manusia contohnya " Saya berasa sakit kepala", merupakan satu kebenaran subjektif. Manakala Kebenaran Objektif pula adalah kebenaran yang berkaitan dengan objek yang diwujudkan dengan dirinya sendiri, seperti  "ini tangan saya" merupakan Kebenaran Objektif.


Pengertian Jiwa Menurut Ibnu Sina


Ibnu Sina telah membahaskan al-nafs berdasarkan apa yang dikemukakan dari kitab Aristotle setelah beliau membuat analisa secara mendalam. Ekoran daripada usaha gigih ini, Ibnu Sina telah dapat memecahkan kebuntuan permasalahan ‘al-nafs’ berdasarkan gabungan yamg dibuat hasil pandangan Aristotle dan disesuaikan dengan roh Islam. Maka dengan itu beliau telah meberi satu definisinya terhadap ilmu ‘al-nafs’ tanpa disogok atau dipengaruhi oleh anasir-anasir tertentu.Terdapat tiga definisi yang diutarakan oleh Ibnu Sina, seperti yang terdapat di dalam dalam al-syifa’ bahawa al-nafs adalah ‘jauhar’ yang berdiri dengan zatnya, tidak bersifat dengan sifat-sifat jisim atau jauhar yang mempunyai ketetapan pada zatnya, dan gambaran yang ditinjau ada hubunganya dengan jisim. Didalam ‘Isyarat’, beliau memberi definisi ‘al-nafs’ sebagai jauhar rohani yang berdiri dengan zatnya, iaitu sebagai sumber kekuatan pergerakan dan pengawasan terhadap tabiat badan atau sebagai jauhar yang menggerakkan bahgian bahagian badan.



Sebenarnya al-nafs tidak berhajat kepada jisim sebagaimana jisim berhajat kepada ‘al-nafs’ sebagai keperluan yang sempurna. Dalam hal ini Ibnu Sina telah menyatakan di dalam al-syifa’: “Jisim amat memerlukan kepda jiwa sebagai keperluan yang sempurna, sedangkan jiwa tidak memrlukan sesuatu dari jisim, tanpa jiwa kewujudan jisim tidak akan bererti, jiwa tidak akan wujud tanpa jiwa kerana jiwa adalah sumner kehidupan serta pergerakan jisim, sebaliknya jiwa akan terus hidup walaupun terpisah dari jisim. Ini bukanlah bererti bahawa apabila jiwa terpisah dari jisim, rupa seseorang itu juga turut berubah, sedangkan ketika itu jiwa akan terpisah dan akan naik kea lam yang lebih tinggi seterusnya akan meneruskan kehidupan lebih baik dan bahagia. Maka wujudlah jiwa itu sebagai jauhar yang boleh berdiri dengan zatnya sendiri”.



Jelas bahawa jiwa menurut pandangan Ibnu Sina ialah jauhar rohani yang menjadi sumber kekuatan hidup elemen jisim. Kekuatan jisim ini adalah merangkumi segala segi kekuatan termasuklah kekuatan rasa pergerakan dan persepsinya. Jiwa adalah nadi kehidupan bagi elemen jisim.Kedatangan Ibnu Sina telah merancakkan lagi perbahasan ini sehingga wujudlah apa yang diistilahkan dengan al-nafs itu dengan pengertiannya yang tersendiri. Ibnu Sina telah berbincang mengenai al-nafs dengan panjang lebar di dalam kitabnya yang mengandungi 30 risalah dan dibahagikan kepada beberapa fasal yang sempurna, seperti yang terdapat didalam bukunya ‘al-syifa’, ‘al-najat’, dan ‘Isyarat Wa Tanbihat’, termasuk nukilannya yang berbentuk syair iaitu antaranya, kisah ‘Hayy bin Yaqazan’ ‘Risalah al-Tair’ dan kisah ‘Salaman wa Absal’.Menurut Ibnu Sina, untuk menyatakan kewujudan an-nafs perlulah dibuktikan secara jelas kerana kebenaran sesuatu itu tidak akan diterima selagi ia tidak dibuktikan dengan dalil-dalil yang munasabah. Ini dapat diperhatikan dalam risalah pertamanya, ‘Fi al-Quwwa al-Nafsiyyah’, di mana beliau menyatakan bahawa sesiapa yang menyifatkan sesuatu itu tanpa terlebih dahulu membawa dalil, maka kenyataan dan hujahnya tidak dapat diterima oleh ahli-ahli ilmu. Justeru itu, di dalam maslah al-nafs ini Ibnu Sina telah membawa dalil-dalil yang munasabah bagi membuktikannya secara keseluruhan.



Menurut Ibnu Sina, jisim-jisim yang mempunyai pancaindera, bergerak dengan iradah, bahkan jisim-jisim yang makan, melakukan proses pertumbuhan dan pembesar serta melahirkan zuriat, sedangkan perkara tersebut bukanlah dilakukan oleh jisim-jisim tetapi berpijak kepada satu asas yang menjadi sebab kepada pergerakan tersebut, maka inilah yang dinamakan ‘al-nafs’ atau kekuatan jiwa.Pengaruh persepsi pula ialah sesuatu yang menyusuli perbuatan jiwa dan perasaan atau gerak hati. Ia berdiri atas ketetapan wujudnya jiwa dan hasil tindak balas yang diterima dari pancaindera lahir dan batin. Hasilnya apa yang dilihat dari pandangan mata kasar dan tingkah laku jisim seperti ketawa, menangis, suka duka, malu dan sebagainya bukanlah lahir dari jisim tetapi merupakan tindak balas yang terpancar dari roh kejiwaan.

This entry was posted in

Leave a Reply